Wednesday, April 8, 2015

Ulasan Filem CicakMan 3


Cicakman 3 dah pun keluar. Dah lama pon. Disebabkan nie ulasan pertama aku jadi aku cuma nak bagitau semua ini adalah pendapat peribadi aku. aku bukan wakilkan sapa sapa. Kalau korang setuju xper. tapi kalau tak sorry la. dan untuk tujuan ulasan ni bukan untuk menjatuhkan atau memburukan filem melayu kita. aku akan ulas filem yang aku tengok sahaja. Jadi tak kisah filem mat salleh ke, Hindustan ke, Melayu ke, klau elok, aku puji.  mana yang aku rasa nak komen, aku komen.





 Okay berbalik semula kepada Cicakman 3. aku dah tengok ketiga tiga filem Cicak Man ni, Satu okayla sebab mula2kan. kemudian Cicakman 2. Kat situ boleh nampak pengunaan CGI terlampau tapi jalan cerita oklah kemudian Cicakman 3.



Diawal cerita aku boleh tengok ada perubahan dari cerita cicakman yang sebelum ni. CGI nampak kemas bila adegan lidah jadi panjang, aksi lawan dan suasana bandar. aku suka, betul suka bagaimana watak Man (Zizan) digarap ada konflik sebagai seorang ayah dan peminat Cicakman (Nerd mcm aku ni) dan kemudian dipertengahan cerita... meh.

serius why, cerita ni ada potensi, aku boleh nampak tapi kenapa dia orang wat camtu. Masa buat skrip ni orang tu tengok Amazing Spiderman 2 ke nak cari idea. Aku kurang paham kenapa bila buat filem komedi tapi semuanya jadi filem komedi bodoh. Aku tengok banyak filem lawak tapi still rasa citer tu bagus, macam Shoulin Soccer, Kungfu Panda dan lain lain. Tu belum lagi tentang Baju Cicakman. Aku baca kenapa dia orang buat hodoh mcm tu sbb nak kata bagi nampak realistik. meh... mungkinla untuk Cicak Man 4 baju lagi lawa.. meh aku pi tengok Cicakman 3, Bayar duit untuk Cicakman 3.

Jadi melaburla sepenuhnya untuk Cicakman 3. nak bagi realistik, buat macam spiderman, mula2 pakai t shirt. atau ubah sikit baju cicakman lama kemudian tengah cerita 'upgrade' atau cantikan lagi.. ni just beli baju kat kedai dan terus pakai baju tu sampai abis. (mungkin abis bajet kat Superbro kut..meh)


Kemudian Man belajar berlawan dengan Bell (aku tak igat dah nampak watak dia dalam tu) yang merupakan  peminat gusti. tu aku kata, aku tau ni cerita lawak, tapi ada benda penting direndahkan lepas tu boleh cakap.. "cerita lawak biasalah" sebab tu aku kurang dengan cerita melayu. ketelitian takder, Filem ni boleh jadi filem epik sbb awal cerita mmg ada potensi tapi sebab nak jadikan lawak, banyak aspek dimudahkan dan disimplekan.  memangla cerita ni untuk budak2 jugak, tapi cerita superhero lain pon walaupun ramai peminat dewasa tapi dia orang still nak tarik budak budak. Dia orang boleh ja jadikan cerita tu kelakar, Guardian of Galaxy tu pon hampir 60% ada unsur komedi. aku tak kata pasal kesan khas dan prob. bagi aku tu takder masalah. tapi cerita .... meh

Kesimpulannya cerita Cicakman 3 bukanla jadi yang cerita superhero yang kita nak bualkan. Cuma kecewa untuk orang nerd mcm aku ni, Dah la kite kat malaysia xder sgt Wira yang ada kuasa luar biasa. Kapoww telah pun hampir dilupakan dan hilang ditiup angin. tak banyak pengarah dan syarikat penerbitan filem nak amik risiko buat filem macam ni. tapi bila ada yang buat pula, terlalu ambil mudah. mungkin target terlalu rendah, untuk budak2 yang berumur 5 tahun agaknya.

No comments:

Post a Comment